THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 27, 2010

Maa... reALLy MiSS YoU....:'(

Sekarang.. kul 1.30 pm.. baru habis kelas en. Reza td.. economic. Sempat curi masa taip blog sebelum ke kelas bahasa Arab, bahasa ketiga. Rindu x terkata.. sayu tiba2 teringat sangat kat maa.. abah.. Padahal dah tiap2 hari call.. 3 or 4 kali sehari.. (mentang2 free)sbb bonus hari jadi.. hehe.. tp still rindu jgk.. nk balik.. lambat lg.. mcm mane nk buat ni. Kang bg tahu nak balik.. risau pulak mereka tu.. Sabar je la.. sabar.. dan terus sabar.. tapi x boleh.. huhuhu.... :"( (banjir sekejap). Sedih makin terasa bila baca satu artikel pasal mak.. dan laman web artikel ni diperkenalkan oleh seorg rakan "pakar motivasi" hehe.. jgn mara ye.. dan artikel yang berbunyi seperti di bawah.. makin melimpah ruah.. banjir yg melanda.. dah la cuaca kat luar memang mendung.. Tabahlah wahai hati..!!

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….!
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


sebak.. memang sebak bila baca.. sbb pengorbanan ibu.. tida nilainya.. x boleh ditukar ganti dan dibayar dengan wang ringgit.. I LOVE YOU MA.. ABAH...Forever.. Dunia Akhirat..!



DEAREST MA..


I know i have been giving you trouble, since i start kicking you,
when i was in your womb,

when i was demanding bottle milk in the middle of night at two,

when i was being fussy at seven,
when i was demanding for things at ten,
when i was asking you stupid questions the time i was twelve,
giving you heartaches and migraines now that i'm a teen..


But..

There must be something good in me even if you don't think so..

I may be nasty sometimes but it doesn't mean i take everything for granted.
I just want you to know and understand that i am thankful to have you as my mum,
even though i am not sure if you are thankful to have me as your daughter..
I am sorry..
Because i am only know that i'm really LOVE YOU MUM...



Maa.. n me

0 comments: