THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru.. 2011..:)

Semoga tahun baru lebih bermakna dan bererti..
menjadi Hamba yang lebih solehah dan taat pada perintahNya..
Insan yang lebih berguna pada negara dan bangsa,
Anak yang taat pada orang tua,
Individu yang disenangi oleh masyarakat dunia!.. eh dah lebih tu.. masyarakat sekeliling la kot..
InsyaAllah.. Amin..

Selamat datang 2011! Selamat tinggal 2010.. Selamat tinggal kenangan.. manis, pahit, masam, manis, masin, kelat, payau.. dan sume yang sewaktu dengannya..

Moga tahun baru memberi azam baru, hidup baru, kekuatan baru.. Amin..:)

Wednesday, December 29, 2010

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUK DIRIKU...



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan dibesarkan dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu sempurna.. Dengan cinta yang begitu memuncak..Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga.
Maka, padamu ku katakan.. Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah.....
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna.. Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. Kerana kelak kita akan bersatu.. Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah, Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya.. Maka ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..Maka gandinglah tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada Allah Ta'ala...
Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku.. Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan.. Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah.. Namun tatap mataku, tersenyumlah.. Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu.. Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. Maka di mataku kau adalah yang terindah, Kata-katamu adalah titah untukku, Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. Maka kalau kau berkenan ku meminta.. Jadilah hunian yang indah dan yang kukuh...
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..Padamu yang Allah pilih menjadi pelindung hidupku… Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga.. Yang di bahunya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah, Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. Yang darahnya mengalir darah syuhada.. Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… Ku memohon padamu.. Redhalah padaku, Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi.. Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Thursday, November 25, 2010

Nota Cinta

Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…





Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…





Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI

Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…





Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…





Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …





Hamba amat mendambakan cinta dariMu

Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu

Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu

Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…



Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.



Dalam mencari sebuah hikayat cinta

Hati yang tulus murni amat sukar ditemui

Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya

Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi

Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya

Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…





Hadirkanlah dalam cerita hidupku

Seorang insan bernama teman

Yang sentiasa berada di dalam doaku

Bersama diriku menempuh onak perjuangan

Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu

Agar dapat merasakan kemanisan iman…





Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu

Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah

Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu

Kerana syaitan akan menjadi pemisah

Antara cinta hakiki dan cinta palsu

Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…





Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan

Dalam mencari cinta seorang insan

Bersenjatakan kekebalan iman

Berperisaikan doa dan kesabaran

Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan

Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…





Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni

Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI

Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci

Pada pandangan ALLAHURABBI

Agar berkekalan hingga ke syurga abadi

Dan berbahagia di taman indah firdausi…





Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini

Seorang teman hidup idaman hati

Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi

Dan mempunyai hati yang tulus suci

Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji

Dalam menghulurkan cinta sejati???

Semoga cinta yang sejati akan ku temui

Semoga hari itu akan menjadi saksi

Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI

Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…

Sunday, November 7, 2010

Balik Kampung... yeay... hehe

Waa.. dah lame x mngarang kat blog ni.. windu nk menaip.. almaklumlah.. busy kemain.. huhu. Baru lepas hbs final exam tuk sem ni.. Alhamdulillah.. lega.. tanggal 4 nov, sampai lah ku ke kg halaman.. hehe. Syoknyer dapat balik kg.. 1st thing yg wat ble sampai2 je.. pekena nasi lemak ayam masak merah ma..huhuhu.. pergh.. mmg terbaek.. thanks ma.. luv u.. hehe. byk nk cter.. x pe la.. slow2.. byk masa lg kan.. skung ni.. kul 10.15 a.m. duk berdua je dgn ma. Mmg nikmat tul hidup.. dah penat perah otak.. ini sekarang time relax jer. Mmg byk tul yg kena dilalui sebelum nk berada masa skung ni.. Perkara yang x leh lupa. time last paper, ekonomi. Aduh, sekali teringat, malu, pkir 2 kali kelakar la pulak. masa tu pg.. cam biasa sblum pg exam.. kol ma dulu.. mintak doakan. pastu pg la dewan exam. Sebelum masuk tu mmg dah bajet lam kepala, pe yg nk kne bawak masuk. sampai je lam dewan, dah duduk

Friday, August 20, 2010

ABAH.. rindu kat abah..:"(

Alhamdulillah... masuk hari ni dah 11 hari umat Islam mengerjakan rukun islam yg ketiga. Dan paling mengembirakan, setakat ni, x pernah miss tarawih lg.. Syukur2.. azam ramadhan kali ni, x nak ponteng tarawih.. nak tingkatkan lagi amal ak.. sebab entah la.. kita pun x tahu.. banyak mana amal kita, sempat ke tak jumpa Ramadhan lagi tahun depan.. walau sesibuk mana sekalipun..akanku kuatkan semangat.. eheh.. insyaAllah.. sebut pasal bulan pose.. teringat waktu kecik-kecik.. kalau pose je, abah bawak gi bazar. nak ape je.. cakap. sampai x tahu nk ape, abah sampai tnyer.. "ini nak?"(ak geleng kepala) "itu nak?"(geleng jugak) sbb x tahu nk pilih.. last2.. angguk je sbb dah penat jalan walaupun x suke sbnarnye mknn yg 'diangguk tu'.

Aduhai.. x sabar nak balik.. Lagi dua minggu.. sabar.. sabar.. Abah.. rindu kat abah.. sebab kalau balik nanti mesti abah tanyer nak makan ape.. lepas cakap je abah terus hilang.. pegi beli.. tu la ABAH.. sbb tu sayang sangat kat abah.. Mesti org akan pikir.. 'manja tul budak ni, dulu cter pasal mak.. skang pasal abah lak. anak mak abah tul la'. Dah memang pun.. sume orang anak mak, anak abah, cucu atuk nenek pun kan? huhuhu.. Satu hari tu Ramadhan ke 2, sebelum g tarawih..teringat sangat kat abah.. tergerak hati nak call tapi abah x angkat, diorg cakap abah lam bilik air.. erm.. x pe la.. lepas balik tarawih la tepon balik.. pastu.. 15 minit kemudian abah tepon.. hehe.. dapat lepas rindu kejap. keesokannya.. abah msg.. abah cakap die dapat naik pangkat dan berkemungkinan besar akan bertukar ke negeri lain. Alhamdulilah.. Tahniah abah..

Terbaca satu artikel kat internet berkenaan dengan abah.. petikan yang berbunyi..


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?




Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?



Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?



Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.



Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.



Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...


Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?


Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.



Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.



Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...



Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?



Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang

tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.



Dan akhirnya....



Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"



Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..



Ana mendapatkan notes ini dari seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika ana berkongsinya kepada sahabat-sahabat ana yang lain.Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papi

kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.




Berderai air mata bila baca petikan kat atas ni.. sbb kebanyakannya mmg sama, cuma yang beza, aku belum kawin lagi.. agaknya.. mesti sama cam situasi atas ni jugak, sbb masa kak long kawin dulu.. agaknya abah memang cam tu kot.. Betul.. di sebalik hati abah.. aku x tahu apa yang abah rasa.. apa yang abah fikirkan.. abah memang tegas.. tapi.. hati abah pun lembut.. mudah tersentuh.. kalau bab anak- anak.. sebab tu.. kalau bercakap ngan abah.. aku susun kata elok2.. x nak abah kecil hati.. Abah.. rindu kat abah...

Teringat pulak masa aku duk asrama form 5. Balik rumah hujung minggu, abah ambil, kemudian pergi semula ke asrama, abah la jugak yang hantar. Satu hari tu abah baru je lepas hantar pegi asrama. Pastu tiba-tiba aku sakit pinggang, cikgu call abah.. cakap aku sakit.. sepantas kilat, aku turun bawah, tgk abah ngan ma dah ada nak ambil aku balik.. sian kat abah.. Abah.. rindu kat abah.. Begitu besar pengorbanan abah. Aku nak bahagiakan ma abah.. selagi hayat aku ada. Selagi mereka ada dengan aku.. InsyaAllah..

Ya Allah.. bahagiakanlah mereka, ampunkanlah dosa mereka, kasihani mereka sebagaimana mereka kasihani aku sejak kecil.. Aminn..

Tuesday, July 27, 2010

Maa... reALLy MiSS YoU....:'(

Sekarang.. kul 1.30 pm.. baru habis kelas en. Reza td.. economic. Sempat curi masa taip blog sebelum ke kelas bahasa Arab, bahasa ketiga. Rindu x terkata.. sayu tiba2 teringat sangat kat maa.. abah.. Padahal dah tiap2 hari call.. 3 or 4 kali sehari.. (mentang2 free)sbb bonus hari jadi.. hehe.. tp still rindu jgk.. nk balik.. lambat lg.. mcm mane nk buat ni. Kang bg tahu nak balik.. risau pulak mereka tu.. Sabar je la.. sabar.. dan terus sabar.. tapi x boleh.. huhuhu.... :"( (banjir sekejap). Sedih makin terasa bila baca satu artikel pasal mak.. dan laman web artikel ni diperkenalkan oleh seorg rakan "pakar motivasi" hehe.. jgn mara ye.. dan artikel yang berbunyi seperti di bawah.. makin melimpah ruah.. banjir yg melanda.. dah la cuaca kat luar memang mendung.. Tabahlah wahai hati..!!

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….!
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


sebak.. memang sebak bila baca.. sbb pengorbanan ibu.. tida nilainya.. x boleh ditukar ganti dan dibayar dengan wang ringgit.. I LOVE YOU MA.. ABAH...Forever.. Dunia Akhirat..!



DEAREST MA..


I know i have been giving you trouble, since i start kicking you,
when i was in your womb,

when i was demanding bottle milk in the middle of night at two,

when i was being fussy at seven,
when i was demanding for things at ten,
when i was asking you stupid questions the time i was twelve,
giving you heartaches and migraines now that i'm a teen..


But..

There must be something good in me even if you don't think so..

I may be nasty sometimes but it doesn't mean i take everything for granted.
I just want you to know and understand that i am thankful to have you as my mum,
even though i am not sure if you are thankful to have me as your daughter..
I am sorry..
Because i am only know that i'm really LOVE YOU MUM...



Maa.. n me

Monday, July 26, 2010

My 22th BeSdAY..:))


Dan.. pada 25 JuLAI 2010 genaplah usiaku 22 thun... Alhamdulillah.. sy dapat merasai nikmat hidup yg Allah beri hingga hari ini..adush.. rasa mcm sekejap je masa berlalu.. pejam celik.. pejam celik.. hr tu rasa penat giler.. tdo la awal sbb pada siangnya.. teman rakan sy ke UM melawat adik dia. Mmg mencatat rekod la.. tdo kul 11.30.. haha.. kalau x.. kul 1 pun jgn harap nk jumpa katil.. baru je nak lena dibuai mimpi.. tbe2.. berpusu-pusu msg msuk ke dalam inbox hp sy.. "WISHING U A HAPPY BiRtHDAY!! dah tua! haha" 'eh.. dah tua ke ak ni.. aah.. dah kul 12 mlm...'.. dah 22 upenya.. sekejap je.. rasa macam baru semalam masuk darjah satu.. huhu.. dan.. msg paling istimewa dr ibunda tersayang.. hehe.." SELAMAT HARI JADI.. SEMOGA PANJANG UMUR.. SELAMAT DUNIA AKHIRAT" thanks maa.... I luv u.. hehe.. msg dr kakak ku yg paling jahat lak.." SIS.. SWEET 22! U DAH TUA! haha.." adush.. jgn la pggl tua.. pgl la meningkat usia.. hehe.. anyway thanks to all that wishing me. Sebenarnya tahun ni la sy dapat ucapan yg paling ramai.. hohoho.. x penah lg dapat wish sampai byk cam ni.. lebih kurang seratus lebih.. tu belum kira yg face to face n termasuk kat lam facebook lg. Terharu sgt2.. hee.. tq2.. Tapi tiba2 rasa sedih pulak.. sbb semakin meningkat usia, semakin pendek la tempoh hayat kita.. kita pun x tahu bila ajal tiba.. entah sempat.. entah tidak untuk menyambut hari lahir yg ke 23.. Wallahu'alam..

Azam untuk tahun kelahiran yg ke 22, semoga sy lebih maju ke hadapan, dapat capai cita2.. naikkan lagi CGPA sem ni!! hehe.. yes.. tu yg utama.. lebih serius dan fokus lam pelajaran.. huhuhu.. x sabar nk tuntut hadiah dr family2 sy.. hehe.. Hadiah x penting sebenarnya.. doa dr mereka2 yg tersayang pun dikira hadiah jgk kan.. tu je kot setakat ni.. well.. Lastly.. HePy BeSdAY tO Me!.. huhuhu


♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•Happybirthday♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪❤。◕‿◕。❤ HaPPyBiRthDAy ToYOu ... ♪♫♪♪♫*•.¸.¤♪♫•*¨*•.¸¸HaPpyBiRtHdAytOYoU¸.•*¨*•♫♪♪¸¸¸¸.•*¨*•♫♪❤。◕‿◕。❤HaPPy BiRthDAy To YOu ... ♪ ♫ ♪ ♪♪♫*•.¸.¤♪♫•*¨*•.¸¸HaPpy BiRtHdAy tO YoU ¸.•*¨*•♫♪♪¸¸