THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 27, 2010

Maa... reALLy MiSS YoU....:'(

Sekarang.. kul 1.30 pm.. baru habis kelas en. Reza td.. economic. Sempat curi masa taip blog sebelum ke kelas bahasa Arab, bahasa ketiga. Rindu x terkata.. sayu tiba2 teringat sangat kat maa.. abah.. Padahal dah tiap2 hari call.. 3 or 4 kali sehari.. (mentang2 free)sbb bonus hari jadi.. hehe.. tp still rindu jgk.. nk balik.. lambat lg.. mcm mane nk buat ni. Kang bg tahu nak balik.. risau pulak mereka tu.. Sabar je la.. sabar.. dan terus sabar.. tapi x boleh.. huhuhu.... :"( (banjir sekejap). Sedih makin terasa bila baca satu artikel pasal mak.. dan laman web artikel ni diperkenalkan oleh seorg rakan "pakar motivasi" hehe.. jgn mara ye.. dan artikel yang berbunyi seperti di bawah.. makin melimpah ruah.. banjir yg melanda.. dah la cuaca kat luar memang mendung.. Tabahlah wahai hati..!!

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….!
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


sebak.. memang sebak bila baca.. sbb pengorbanan ibu.. tida nilainya.. x boleh ditukar ganti dan dibayar dengan wang ringgit.. I LOVE YOU MA.. ABAH...Forever.. Dunia Akhirat..!



DEAREST MA..


I know i have been giving you trouble, since i start kicking you,
when i was in your womb,

when i was demanding bottle milk in the middle of night at two,

when i was being fussy at seven,
when i was demanding for things at ten,
when i was asking you stupid questions the time i was twelve,
giving you heartaches and migraines now that i'm a teen..


But..

There must be something good in me even if you don't think so..

I may be nasty sometimes but it doesn't mean i take everything for granted.
I just want you to know and understand that i am thankful to have you as my mum,
even though i am not sure if you are thankful to have me as your daughter..
I am sorry..
Because i am only know that i'm really LOVE YOU MUM...



Maa.. n me

Monday, July 26, 2010

My 22th BeSdAY..:))


Dan.. pada 25 JuLAI 2010 genaplah usiaku 22 thun... Alhamdulillah.. sy dapat merasai nikmat hidup yg Allah beri hingga hari ini..adush.. rasa mcm sekejap je masa berlalu.. pejam celik.. pejam celik.. hr tu rasa penat giler.. tdo la awal sbb pada siangnya.. teman rakan sy ke UM melawat adik dia. Mmg mencatat rekod la.. tdo kul 11.30.. haha.. kalau x.. kul 1 pun jgn harap nk jumpa katil.. baru je nak lena dibuai mimpi.. tbe2.. berpusu-pusu msg msuk ke dalam inbox hp sy.. "WISHING U A HAPPY BiRtHDAY!! dah tua! haha" 'eh.. dah tua ke ak ni.. aah.. dah kul 12 mlm...'.. dah 22 upenya.. sekejap je.. rasa macam baru semalam masuk darjah satu.. huhu.. dan.. msg paling istimewa dr ibunda tersayang.. hehe.." SELAMAT HARI JADI.. SEMOGA PANJANG UMUR.. SELAMAT DUNIA AKHIRAT" thanks maa.... I luv u.. hehe.. msg dr kakak ku yg paling jahat lak.." SIS.. SWEET 22! U DAH TUA! haha.." adush.. jgn la pggl tua.. pgl la meningkat usia.. hehe.. anyway thanks to all that wishing me. Sebenarnya tahun ni la sy dapat ucapan yg paling ramai.. hohoho.. x penah lg dapat wish sampai byk cam ni.. lebih kurang seratus lebih.. tu belum kira yg face to face n termasuk kat lam facebook lg. Terharu sgt2.. hee.. tq2.. Tapi tiba2 rasa sedih pulak.. sbb semakin meningkat usia, semakin pendek la tempoh hayat kita.. kita pun x tahu bila ajal tiba.. entah sempat.. entah tidak untuk menyambut hari lahir yg ke 23.. Wallahu'alam..

Azam untuk tahun kelahiran yg ke 22, semoga sy lebih maju ke hadapan, dapat capai cita2.. naikkan lagi CGPA sem ni!! hehe.. yes.. tu yg utama.. lebih serius dan fokus lam pelajaran.. huhuhu.. x sabar nk tuntut hadiah dr family2 sy.. hehe.. Hadiah x penting sebenarnya.. doa dr mereka2 yg tersayang pun dikira hadiah jgk kan.. tu je kot setakat ni.. well.. Lastly.. HePy BeSdAY tO Me!.. huhuhu


♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•Happybirthday♪♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪❤。◕‿◕。❤ HaPPyBiRthDAy ToYOu ... ♪♫♪♪♫*•.¸.¤♪♫•*¨*•.¸¸HaPpyBiRtHdAytOYoU¸.•*¨*•♫♪♪¸¸¸¸.•*¨*•♫♪❤。◕‿◕。❤HaPPy BiRthDAy To YOu ... ♪ ♫ ♪ ♪♪♫*•.¸.¤♪♫•*¨*•.¸¸HaPpy BiRtHdAy tO YoU ¸.•*¨*•♫♪♪¸¸




Thursday, July 22, 2010

Niyang Rapik...!


Dengar nama pun mcm dah seram.. berdiri sume bulu roma tanpa disuruh.. Baru2 ni sy dan rakan2 menonton wayang yg disiarkan di Kolej anggerik.. Bayar sringgit je pun nk masuk.. x payah susah2.. kne pegi panggung wayang yg tiketnye pun hampir mencecah sepuluh ringgit..(org la kata) sbb sy x pernah jejakkan kaki pun kat sana.

Cerita yg mmg best, sbb sy mmg peminat setia cerita2 hantu wpun sy sbnrnya pun agak pnakut sdikit gak hehe, tp entah kenapa sy mmg berani gler kalau tgk crite2 seram.. bunyi cam pelik je.. tp tu la realitinyer.. Kesian kwn2 sy dipaksa teman sy ke Dewan Graha sbb diorg mmg x minat crite hantu.. sbb sume cam sy (penakut).. huhu..disbbkan sy ni yg jenis berani ngan crite seram je.. terpaksalah diorg ikut.. tp apabila disogok yg pelakon hero nyer hensem2 hehehe.. apalagi.. "erm.. ok la.. jom.." hehehe.. YES!! haha.. alah.. skali skale.. haha.. bukan ape.. sbnrnyer,, sy ok je kalau tgk sorg.. tp.. almaklumlah.. nk meredah diri sorg diri ke Dewan Graha tu.. agak menyeramkan sikit.. hehe.

Dan cerita seram yg ditayangkan lebih kurang mulai pukul 9-11 tu, menjadi cerita komedi pulak bg sy sebb menonton gelagat kwn2 sy dan sume penonton dlm dewan tu. Penonton pun x ramai sgt kalau nk dibandingkan dgn mlm sebelumnya yg menayangkan crite "Andartu Terlampau'. Ye la.. crite hantu.. sape nk tgk.. huhu... tp sy sukeeee... tgk.... haha.

Dan yang paling melucukan, bermulalah aksi 'komedi' yg ditunjukkan rakan2.. kesian lak sbnrnyer kat diorg.. seram x la sgt, tp menjerit.. mak aiii... boleh bergegar dewan tu. Org yg datang x ramai pun dalam 50 org je kot... tp suara yg jerit.. mcm 3 kali ganda,, lepas jerit.. sume gelak.. mmg kelakar diorg ni, yg x tahan, kwn2 sy.. punye x nak tgk, sampai tutup muka ngan jaket diorg, ade yg tanggal 'spek', ada yg duduk paling belakang.. skali.. mcm2... tp yg best,, sbb crita tu ada unsur2 komedi yg dilakonkan oleh Shaheizi Sam, atau lebih dikenali sbg Adnan Sempit. Aksi dia mmg spontan, jd x de la seram memanjang. X sabar nak tunggu tayangan Karate Kid pada hujung minggu ni pulak.


Hero2 Malaya


Liyana Jasmay dan Awal ashaari

Sunday, July 4, 2010

Danish.. oh Danish..

Semester baru dah bukak.. Ahamdulillah.. sampai akhirnya kat kota Anggerik ni.. seperti biasa.. daftar kolej.. angkut barang sini sana. panjat tgga.. naik bukit.. rutin harian yang ditinggalkan 2 bulan lalu kini kembali, huhu tapi ingatan tetap x penah lupa kat dia satu saat pun.. Setiap hari... rindu kat dia.. teringat kat dia.. dah menjadi kewajipan tatap gambar dia sebelum tido.. kalau boleh nak bawak je baju die datang shah alam ni.. tapi.. apa boleh buat perjuangan harus diteruskan.. sepanjang cuti sem asyik dengan die je 24 hours, rasa terngiang2 suara die nangis, cara die tdo, apatah lg bila die senyum.. oh Danish.. bila dah jauh.. rindu x terkata. x sabar nak jumpa hujung minggu ni.. sempena majlis cukur jambul die kat Perak.. aduhai Danish....!!


Ni la gambar buah hati saya.. Muhammad Danial Danish yang baru baru berusia 1 bulan lebih..