THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 23, 2011

Tuhan Mendengar Hati Kita Menangis

Tuhanku..
Ketika hati ini menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu

Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..

Thursday, September 22, 2011

ADAM dan HAWA

"Tulang rusuk ADAM yang hilang.. biarlah dia yang mencarinya sendiri, HAWA pula, TUNGGU& BERSABAR, tidak perlulah kamu yang mencari Adam, kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang. Dia akan datang Mencari & Mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh diusahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang berAGAMA, berAMAL dengan agamanya dan punyai AKHLAK yang BAIK. Dengan kata lain dapat Mmbimbing kamu ke Jalan Lurus untuk ke Syurga.."








*Ya Allah sekiranya dia bukan pemilik tulang rusukku, jauhkanlah dia dari ingatanku, jangan biarkan aku merindukan kehadirannya, jangan biarkan dia berlabuh di hatiku, kikislah pesonanya dari pelupuk mataku.. Jauhkan dia dari relung hatiku, Kuatkanlah imanku..Redha dengan ketentuanMu.. BAntulah aku hambaMu yang lemah ini Ya Allah.. Ya Allah.. Aku mohon..

Monday, September 12, 2011

Maaf ya....