Buatmu bakal pendamping syurgaku..
Ketika hati sarat dengan kasihNYA..
Dengan izin DIA hadirmu menjelma..
... Jika diturut nafsu, ingin saja aku lafazkan cinta..
Namun iman membataskan segala..
Hanya pada DIA aku meminta..
Jujurnya aku akui..
Hatiku mula ditawan cinta..
Cinta yang lahir kerana DIA..
Dengan kesederhanaanmu..
Dengan kehebatan agamamu..
Dengan sifat ikhlasmu..
Segalanya mula menambat hatiku..
Namun bagaimana harusku katakan..
Malu mula menguasai jiwaku..
Hanya pada DIA ku serah segala..
Jika engkau bakal imamku..
Takkan hilang kemana..
Dalam sujud cintaku..
Ku doakan kita bersama..