THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 19, 2010

MIMPI NGERI JADI NYATA

Assalamualakum.. Ini merupakan pertama kali saya mengenali blog dan belajar mengarang blog melalui seorang kawan baik saya.Agak berdebar-debar jugak, macam mana nak start ni almaklumlah budak baru belajar.

Cerita yang pertama yang saya nak kongsi dengan semua.. kisah benar yang saya alami sendiri, realiti.. bukan fantasi.. dengan mata kepala sendiri bersaksikan teman2 rapat saya..Kisah ni berlaku 3 hari yang lalu (2 April 2010) sebelum blog ni ditulis.. Pada suatu petang Jumaat.. dalam pukul 3 petang.. saya di didatangi satu mimpi.Dalam mimpi tu, saya dan 5 sahabat yang lain pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Namun disebabkan kami lambat sampai, kami tidak sempat berjemaah dan apa yang mengejutkan ialah, orang yang berjemaah di masjid itu bercampur lelaki perempuan! Nauzubillah. Oleh itu, kami terpaksa sembahyang tanpa mngikut imam. Selepas selesai, kami berenam keluar dari masjid tersebut dan duduk di sebuah wakaf di hadapan masjid tadi sementara menunggu solat Isyak. Sedang kami duduk-duduk, tiba-tiba datang seorang ustaz berkopiah putih, muka berseri-seri dan berjanggut sambil di tangannya memegang senaskhah Al-Quran lalu menuju ke arah kami dengan muka sedih.

Ustaz tersebut menyuruh kami berenam menghafal beberapa surah dan mengamalkan mengaji berlagu. Anda tahu tak apa yang berlaku di dalam masjid sedangkan kami di luar? Di dalam masjid bagaikan satu pesta! Mereka seperti mengadakan satu concert di mana lelaki dan perempuan bercampur-campur menari dan berjoget-joget tidak ubah seperti di sebuah kelab malam! Subhanallah. Saya x dapat ungkapkan dengan kata-kata, lalu saya mengambil kalam Allah yang dihulurkan ustaz tersebut lalu membeleknya dan alangkah tekejutnya kerana sememangnya ia adalah senaskhah Al-Quran,lengkjap beserta dengan tulisan jawinya sekali. Apa yang sebenarnya nak disampaikan melalui mimpi saya ini? Sedang saya membelek-belek Al-Quran tersebut, ustaz pun menyuruh kami membacanya seorang demi seorang, namun belum sempat saya dan rakan-rakan membacanya, saya tersedar dari tidur tepat jam 5.30 petang. Sejurus selepas itu, saya terus menceritakan perihal mimpi saya kepada teman-teman saya yang turut terlibat dalam mimpi tersebut. Secara kebetulan, pada jam 8.00 malamnya, terdapat majlis makan malam bagi meraikan jasa semua ajk-ajk Dinner bertemakan Masquerade Nite yang telah berlangsung seminggu yang lalu. Selaku ajk Dinner untuk Department kami, kami berenam juga terlibat. Saya dan rakan-rakan pun dijemput pada jam 9.00 malam.( macam anak raja je) Sebaik tiba di lokasi yang dituju, iaitu sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah pusat komersial, hanya Tuhan yang tahu perasaan kami apabila kedai tersebut menyediakan "khidmat menyedut syisya".

Sedihnya apabila melihat kawan-kawan sendiri menyedut syisya tersebut tanpa segan silu. Inilah pertama kali saya melihat syisya seumur hidup saya di depan mata, kerana kebetulan pada malam sebelumnya, kami melayari internet berkenaan syisya. Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa mereka kalau ternampak anak yang diharap-harapkan dapat membela mereka pada hari tua melakukan perkara tersebut. Mungkin hati tua mereka bakal terhiris bukan? Lebih menyedihkan lagi, ada antara rakan sekelas saya yang memakai baju kelab syisya, dan apabila kami bertanya perasaanya ketika itu, dia menjawab, dia merasa bangga dengan pakaian tersebut, dan rasa megah apabila orang mengetahui bahawa dia menghisap syisya. Denga rasa bangganya juga dia mempelawa kami, menyertai mereka, merasai "nikmat" syisya tersebut. Terlukanya perasaan ini, hanya Dia yang tahu. Bukan itu sahaja, malah salah seorang rakan saya yang sebelum ini yang saya pernah tahu dia tidak menghisap rokok, cuba menghisap syisya, walaupun sampai terbatuk-batuk. Mungkin terpengaruh dengan rakan-rakan yang lain atau malu sekiranya diejek pengecut?Wallahualam. Sebenarnya salah seorang rakan saya yang cuba menghisap syisya tersebut merupakan seorang dari rakan-rakan saya yang termasuk dalam mimpi saya pada siang harinya. Mungkinkah mimpi saya siang tadi ada kena mengena dengan jamuan makan malam kami ini?Apa makna semua ini? Saya buntu, sehingga sekarang masih memikirkannya. Adakah kami berenam ini adalah orang yang diberi amanah untuk menegur rakan-rakan kami yang sedang menghisap syisya seolah-olah mereka adalah orang-orang yang berpesta di dalam masjid itu? hanya Allah yang tahu.

Demi Allah, kalau lah saya tahu bahawa lokasi jamuan makan ini adalah kedai yang menyediakan syisya. Saya rasa sangat malu, malu yang teramat dengan rakan-rakan saya apabila orang ramai yang melalui di depan kedai makan tersebut memandang sinis terhadap kami seolah-olah kami sekumpulan anak-anak muda yang terlalu sosial. Mungkin dalam hati mereka simpati dengan ibu bapa kami yang melahirkan kami. Inikah anak-anak mudi harapan negara yang akan menjadi tunggak harapan negara, agama dan bangsa? Ya Allah, malu kepadaMu Ya Allah. Semoga sesiapa yang membaca tulisan saya ini dapat mengambil ikhtibar dan menjauhi syisya, serta rakan-rakan saya yang terjebak dengan syisya akan insaf dan sedar akan perbuatan mereka. Amin..



0 comments: